Selasa, 20 September 2011

Luahan hati (Part 4)

Segalanya ketentuan illahi.Jodoh kami kuat.Kami disatukan,aku redha jika ini takdirku.
Aku pindah ke rumah suamiku.Hidup sebagai suami isteri lain.Biarpun sebulan kami kahwin.suamiku temankan anak-anaknya tidur.Aku tidur di bilik seorang diri.Aku redha biarpun suamiku lebih pentingkan anak-anaknya.

Pernah jugak aku tanyakan hal tidur asing tu,aku terima jawapan suamiku yang dia kesiankan anaknya tidur seorang diri lagipun anaknya masih kecil dan takut nak tidur sendiri.Aku diamkan selama sebulan.Keadaan masih sama jugak masuk bulan kedua.Kebetulan handfone suamiku bunyi mesej,aku baca mesej tu dari seorang perempuan.Rakan sekerja suamiku.

Bagi aku,tak wajar seorang perempuan hantar mesej kepada suami orang di malam hari.Besok masih boleh jupe ditempat kerja Aku tanyakan hal itu pada suamiku.Tapi suamiku melenting,marahkan aku.Aku cakap kenapa perlu marah kalau dia dan perempuan takde apa-apa hubungan,betul tak???

Kami gaduh,aku ditampar oleh suamiku.Itu hadiah pertama selepas 2 bulan kami disatukan.Aku seolah-olah tak sanggup lagi nak teruskan hidup dengan lelaki sebegitu.Aku menyesal tapi apakan daya aku.Semuanya ditangan dia.

Aku teruskan hidup seperti biasa.Tak pernah sesekali aku melayan anak-anaknya macam mak tiri lain.Walaupun dah macam-macam aku lalui.

Luahan hati (Part 3)

morning semua!!!Harap blog ni tak membosankan korang. :) Sambung kisah semalam ye...

Ayahnya mainkan peranan supaya anaknya menerimaku.Aku sabar,aku tak pernah melenting atau marahkan dia.Biarlah apa anggapan dia terhadap aku,aku kuatkan hati.Cuba buat yang terbaik untuk semua.

Peristiwa yang masih aku ingat,dia cakap pada adik dia yang aku ni "batu api" sebab aku selalu buat ayahnya marah pada anak-anaknya.Alhamdulillah terima kasih sebab anggap aku cam tu.Yang batu api ni la yang jaga dorang saat ayahnya keluar bekerja,masakkan untuk dorang.Bagi apa saja yang dorang inginkan.Sekali lagi aku mengadu dan tanya pada ayahnya kenapa aku dianggap sebegitu??!

1 malam,ayahnya tak tertahan lagi dengan kerenah anak-anaknya.Dia ajak kami semua bersemuka.Anaknya tak mengaku segala apa yang dia lakukan selama ni.Aku sabar dan aku akan ingat apa saja yang dia dah lakukan pada aku.

Pernah juga,ayahnya balik lambat sebab ambik aku kat tempat kerja padahal kerja aku habis jam 5.Sampai rumah,anaknya dah masm mencuka sebab ayahnya lambat.Ayahnya bagitau bawak aku gi klinik,dia cakap pada ayahnya,dia sakit pun tak gi klinik.Sekali lagi aku terasa hati.Tapi aku diamkan je.

Pernah jugak kami nak keluar sama,semua dah siap.Semuanya nak ikut keluar.Tiba-tiba dia tengok aku dan adiknya cantik-cantik,dia tak jadi ikut sebab dia tak mekap macam kami.Tapi ayahnya memujuk dan aku mekapkan dia dengan rela hati.Walaupun apa saja yang dia buatkan pada aku.Aku masih boleh terima dia seadanya

Isnin, 19 September 2011

Luahan Hati (Part 2)

...hari berganti hari,tahun berganti tahun.Semakin lama semakin aku dapat rasakan rasa iri hati dia terhadap diri aku.Terima kasih Ya Allah keranaMu aku kuat menempuh segalanya...

Anak yang bongsu sangat rapat denganku ketika itu.Dialah penawar hati aku.Dialah yang ceritakan segalanya kepada aku tentang sikap kakaknya bila berada dengan mak kandungnya.Dia memburuk-burukkan aku.Aku terfikirkan apa salah aku pada dia?Sedangkan apa saja yang dia inginkan pasti aku penuhi.Aku layan dia baik je.Tapi kenapa dia memburuk-burukkan aku pada mak kandung dia?

Aku masih bersabar dengan kerenahnya.Apa saja yang aku buat tak kena di matanya.

Aku cuba ambil hati serta jaga hatinya.Tak pernah sesekali aku memarahi dia.
Tapi 1hari aku dah tak sanggup lagi nak pendamkan sendiri.Aku luahkan pada ayahnya.Ayahnya hanya diamkan diri.Aku faham keadaan ayahnya,disana anak,di sini bakal isteri.Ayahnya cuba mainkan peranan supaya anaknya menerima diri aku.

Luahan hati (Part 1)

Assalamualaikum kepada semua yang sudi singgah di blog saya yang serba sederhana ni.Saya mengharapkan komen juga nasihat dari orang telah lama mendirikan rumahtangga.Komen-komen membina untuk saya bagi meneruskan kehidupan sebagai isteri.

Bukan niat memburukkan sesiapa,jauh sekali membuka pekung di dada.Saya hanya manusia biasa yang sangat lemah dan tak cukup kuat untuk menghadapi perjalanan kehidupan seperti ini seorang diri.

Segalanya bermula beberapa tahun yang lalu.Aku dan suami berkawan lebih dari 5tahun sebelum kami mengambil keputusan untuk bersatu dengan hubungan yang halal dan sah disisi islam.Semasa kami berkawan aku maklum dengan statusnya seorang duda yang ada anak-anak.Tapi aku tetap teruskan niat untuk hidup bersama sebab aku boleh menerima anak-anak dia seadanya kerana aku telah berjanji pada diri sendiri untuk menjaga dan membesarkan anak-anak dia sperti anak-anakku sendiri.

Saat kami berkawan,aku sentiasa bersama dia serta anak-anaknya.Ke mana saja diaorang pergi mesti akan di bawa aku bersama.Ketika itu,aku gembira sangat sebab anak-anak tiriku boleh menerima diri aku seadanya.Bukan seperti yang ditonton di televisyen.Anak-anak tiri tak suka pada ibu tiri.

Tahun ketiga keakraban kami,aku mula sedar bahawa ada seorang anak tiriku tak suka pada aku.Tak suka kehadiran aku dalam keluarga dia tapi aku sabar.Aku tak percaya dengan apa yang aku rasakan.Aku biarkan rasa itu berlalu tapi makin kuat dia tunjukkan padaku.

Ayahnya(bakal suamiku ketika itu) selalu dan suka memujiku.Suka memuji wajahku,apa saja yang dirasakan cantik,dia akan terus memuji walaupun ketika itu di depan anak-anaknya.Setiap kali dipuji,aku hanya senyum kerana bagi aku,aku adalah gadis biasa yang berasal dari kampung.Tiada apa-apa kelebihan.

Rupanya si anak cemburukan aku.Ke mana saja aku pergi,aku siapkan diri seadanya.Cantikkan diri,penampilanku semuanya untuk diri aku dan aku memang suka bergaya dan juga mekap.Salahkah aku dilahirkan cantik??Bila kami keluar,si anak yang seorang itu diam je seakan tak gembira dengan kehadiranku.Aku faham,aku tak pernah berkecil hati biarpun hari-hari aku menangis sebab dia.