Isnin, 19 September 2011

Luahan hati (Part 1)

Assalamualaikum kepada semua yang sudi singgah di blog saya yang serba sederhana ni.Saya mengharapkan komen juga nasihat dari orang telah lama mendirikan rumahtangga.Komen-komen membina untuk saya bagi meneruskan kehidupan sebagai isteri.

Bukan niat memburukkan sesiapa,jauh sekali membuka pekung di dada.Saya hanya manusia biasa yang sangat lemah dan tak cukup kuat untuk menghadapi perjalanan kehidupan seperti ini seorang diri.

Segalanya bermula beberapa tahun yang lalu.Aku dan suami berkawan lebih dari 5tahun sebelum kami mengambil keputusan untuk bersatu dengan hubungan yang halal dan sah disisi islam.Semasa kami berkawan aku maklum dengan statusnya seorang duda yang ada anak-anak.Tapi aku tetap teruskan niat untuk hidup bersama sebab aku boleh menerima anak-anak dia seadanya kerana aku telah berjanji pada diri sendiri untuk menjaga dan membesarkan anak-anak dia sperti anak-anakku sendiri.

Saat kami berkawan,aku sentiasa bersama dia serta anak-anaknya.Ke mana saja diaorang pergi mesti akan di bawa aku bersama.Ketika itu,aku gembira sangat sebab anak-anak tiriku boleh menerima diri aku seadanya.Bukan seperti yang ditonton di televisyen.Anak-anak tiri tak suka pada ibu tiri.

Tahun ketiga keakraban kami,aku mula sedar bahawa ada seorang anak tiriku tak suka pada aku.Tak suka kehadiran aku dalam keluarga dia tapi aku sabar.Aku tak percaya dengan apa yang aku rasakan.Aku biarkan rasa itu berlalu tapi makin kuat dia tunjukkan padaku.

Ayahnya(bakal suamiku ketika itu) selalu dan suka memujiku.Suka memuji wajahku,apa saja yang dirasakan cantik,dia akan terus memuji walaupun ketika itu di depan anak-anaknya.Setiap kali dipuji,aku hanya senyum kerana bagi aku,aku adalah gadis biasa yang berasal dari kampung.Tiada apa-apa kelebihan.

Rupanya si anak cemburukan aku.Ke mana saja aku pergi,aku siapkan diri seadanya.Cantikkan diri,penampilanku semuanya untuk diri aku dan aku memang suka bergaya dan juga mekap.Salahkah aku dilahirkan cantik??Bila kami keluar,si anak yang seorang itu diam je seakan tak gembira dengan kehadiranku.Aku faham,aku tak pernah berkecil hati biarpun hari-hari aku menangis sebab dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan