Selasa, 20 September 2011

Luahan hati (Part 4)

Segalanya ketentuan illahi.Jodoh kami kuat.Kami disatukan,aku redha jika ini takdirku.
Aku pindah ke rumah suamiku.Hidup sebagai suami isteri lain.Biarpun sebulan kami kahwin.suamiku temankan anak-anaknya tidur.Aku tidur di bilik seorang diri.Aku redha biarpun suamiku lebih pentingkan anak-anaknya.

Pernah jugak aku tanyakan hal tidur asing tu,aku terima jawapan suamiku yang dia kesiankan anaknya tidur seorang diri lagipun anaknya masih kecil dan takut nak tidur sendiri.Aku diamkan selama sebulan.Keadaan masih sama jugak masuk bulan kedua.Kebetulan handfone suamiku bunyi mesej,aku baca mesej tu dari seorang perempuan.Rakan sekerja suamiku.

Bagi aku,tak wajar seorang perempuan hantar mesej kepada suami orang di malam hari.Besok masih boleh jupe ditempat kerja Aku tanyakan hal itu pada suamiku.Tapi suamiku melenting,marahkan aku.Aku cakap kenapa perlu marah kalau dia dan perempuan takde apa-apa hubungan,betul tak???

Kami gaduh,aku ditampar oleh suamiku.Itu hadiah pertama selepas 2 bulan kami disatukan.Aku seolah-olah tak sanggup lagi nak teruskan hidup dengan lelaki sebegitu.Aku menyesal tapi apakan daya aku.Semuanya ditangan dia.

Aku teruskan hidup seperti biasa.Tak pernah sesekali aku melayan anak-anaknya macam mak tiri lain.Walaupun dah macam-macam aku lalui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan